/SeLaMaNyA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
NAVIGATION
Untitled Document

PORTAL

HOME/ FORUM

ANNOUNCEMENT
>RULES

SUGGESTION & EVENT
>COMMENT & SUGGESTION

>EVENT

DISCUSS, SHARED & REQUEST HERE
>CINEMA
>ENTERTAINMENT
>GAME
>SPORT
>TECHNOLOGY
>TRADE MARKET
>D.I.Y.

Latest topics
» Tutorial Lightwave & 3D max
by unidentify Wed Jan 06, 2010 12:34 pm

» SuperNatural - Season 05 [weekly updated]
by budak_maran Sun Dec 13, 2009 1:32 pm

» Ur Computer is NOT SECURE when administrive shared is enable!!!
by budak_maran Sun Oct 04, 2009 1:38 pm

» How to disable network access to the registry in Windows 7 ?
by budak_maran Sun Oct 04, 2009 1:33 pm

» Google OS (Beta)
by budak_maran Thu Oct 01, 2009 9:03 pm

» DOTA trick
by Guest Mon Sep 28, 2009 4:12 pm

» ..::menjual laptop baru::..
by topiek Mon Sep 28, 2009 12:36 pm

» bahasa ganu
by budak_maran Sat Sep 26, 2009 5:53 am

» Iran, Libya kutuk kuasa besar! BAGUS2!
by Guest Fri Sep 25, 2009 4:59 pm

» Kejutan gila hari jadi
by Guest Fri Sep 25, 2009 4:53 pm

» Alienware Invader Icon Pack
by budak_maran Wed Sep 23, 2009 1:17 am


Darah? Najiskah?

Go down

Darah? Najiskah? Empty Darah? Najiskah?

Post by Guest Thu Sep 17, 2009 6:43 am

Darah itu ada beberapa jenis:

1 - Darah Haid

Darah ini najis, menurut kesepakatan ulama. Telah disebutkan dalil yang menunjukkan kenajisannya.

2. Darah manusia

Terdapat perselisihan pendapat mengenainya. Pendapat yang masyhur dari
kalangan para ulama mazhab fiqh bahwasanya darah adalah najis. Namun,
mereka tidak memiliki hujjah yang kuat. Kebanyakan mereka menganggap
bahawa darah itu diharamkan berdasarkan dalil al-Quran sebagaimana
dalam firman-Nya:

“Katakanlah, ‘Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan
kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya,
kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging
babi; kerana sesungguhnya semua itu kotor’.” (al-An’am, 6: 145)

Menurut mereka, pengharaman itu sekaligus menunjukkan kenajisan,
sebagaimana yang mereka lakukan (nyatakan) berkenaan dengan khamar. Dan
ini sudah jelas. Tetapi telah dinukil dari segolongan besar ahli ilmu
berkenaan ijma’ kenajisannya. Perbahasannya akan dibawakan satu persatu.

Di sebelah pihak yang lain, sebilangan ulama muta’akhirin, di antaranya
asy-Syaukani, Shiddiq Khan, al-Albani, dan lbnu Utsaimin berpendapat
mengenai kesuciannya. Kerana, menurut mereka, tidak ada ketetapan
ijma’. Mereka berhujjah dengan dalil-dalil sebagaimana berikut:

A - Hukum asal segala sesuatu itu suci, hingga ada dalil yang
menunjukkan kenajisannya. Kami tidak pernah mengetahui bahawasanya
Rasulullah memenintahkan untuk menyucikan darah selain darah haid.
Padahal banyak orang sering mengalami luka atau sejenisnya. Seandainya
darab itu najis, nescaya Rasulullah akan menjelaskannya kerana masalah
ini sangat penting.

B - Kaum Muslimin, dari dahulu hingga sekarang, tetap diperintahkan
mengerjakan solat dengan luka-luka yang ada pada tubuh mereka. Bahkan
ada yang mengalirkan darah yang sangat banyak yang tidak tidak boleh
ditahan pengalirannya. Namun, tidak pernah diriwayatkan dari Nabi
bahawa beliau memerintahkan untuk mencucinya. Tidak pemah pula
diriwayatkan bahawasanya mereka mempersoalkan tentang darah-darah yang
keluar tersebut.

Al-Hasan berkata, “Dari dahulu sehinggalah sekarang kaum Muslimin tetap
mengerjakan solat dengan luka-luka pada tubuh mereka.” (Sanadnya sahih,
diriwayatkan oleh al-Bukhari secara mu’allaq (1/336), dan asalnya dari
lbnu Abu Syaibah dengan sanad yang sahih, seperti mana disebutkan dalam
Fathul Bari (1/337))

Dalam hadis sahabat Anshar “Bahawasanya ketika ia solat pada malam
hari, ia dipanah oleh seorang musyrik. Lalu ia mencabut panahnya dan
meletakkannya. Hingga ia dipanah sehingga tiga kali. Kemudian ia ruku’,
sujud, dan terus melanjutkan solatnya, sementara darah terus menaIir.”
(Hadis sahih, diriwayatkan secara mu’allaq oleh aI-Bukhari (1/336), dan
asalnya dari Ahmad dan selainnya dengan sanad yang sahih)

Al-Albani di dalam kitabnya, Tamamul Minnah (hal. 51-52), mengatakan,
“Hadis ini mempunyai hukum marfu’, kerana mustahil Nabi tidak
mengetahuinya. Kalaulah darah yang banyak keluar itu membatalkan
wudhu’nya, tentulah Rasulullah akan menjelaskannya. Kerana menunda
penjelasan pada waktu yang diperlukan adalah tidak boleh, seperti yang
difahami dalam kaidah ilmu ushul. Jika kita beranggapan Rasulullah
tidak mengetahuinya, namun hal ini tidak tersembunyi bagi Allah yang
tidak ada perkara yang tersembunyi bagi-Nya di langit ataupun di bumi.
Kalaulah ia membatalkan wudhu, atau najis, tentulah Allah telah
mewahyukan tentang hal itu kepada Nabi-Nya, sebagaimana kenyataannya
yang sudah jelas bagi sesiapa pun.”

Dalam hadis tentang di mana terbunuhnya Umar bin al-Khaththab
radhiyallahu ‘anhu disebutkan, “Umar terus mengerjakan solat, sementara
darahnya membasahi sekujur tubuhnya.” (Hadis sahih, diriwayatkan oleh
Malik (82); al-Baihaqi (1/357) dan selainnya, dengan sanad shahih)
Yakni darahnya terus mengalir.

C - Hadis Aisyah berkenaan kisah kematian Sa’ad bin Muadz, ia berkata,
“Sa’ad bin Muadz terluka pada peperangan Khandak kerana dipanah oleh
seorang laki-laki pada pelipisnya. Lalu Rasulullah membuatkan khemah di
masjid agar mudah untuk menjenguknya. Ketika malam tiba, melebarlah
lukanya, lalu mengalirlah darah dan lukanya hingga membasahi khemah
yang ada di sampingnya. Mereka berkata, “Hai penghuni khemah, apa yang
kalian kirim kepada kami?” Ketika mereka melihatnya, ternyata luka
Sa’ad telah pecah dan darahnya memancar/mengalir dengan deras. Kemudian
beliau pun meninggal.” (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud (3100)
secara ringkas; dan ath-Thabrani dalam al-Kabir (VI/7))

Penulis berkata: Tidak diriwayatkan bahawasanya Nabi memerintahkan
untuk menyiramkan air padanya. Apalagi hal ini terjadi di masjid,
sebagaimana beliau memerintahkan untuk menjiruskan air pada air kencing
orang Arab badui, sebagaimana dalam suatu hadis yang mana nabi
memerintahkan agar bekas kencing orang badui yang kencing di masjid
tersebut dibasuh/disucikan dengan air. (Rujuk; Hadis Riwayat
al-Bukhari, 6025. Muslim, 284)

D - Ketika lbnu Rusyd menyebutkan perbezaan pendapat di kalangan ulama
tentang darah ikan. Beliau menyebutkan sebab perselisihan mereka, iaitu
tentang masalah status bangkainya. Pihak yang berpendapat bangkainya
itu masuk dalam keumuman pengharaman, maka mereka menghukumi darahnya
juga demikian. Sementara pihak yang mengeluarkan bangkai ikan dan
keumuman dalil, maka mereka mengeluarkan hukum darahnya dari hukum
tersebut, kerana diqiyaskan pada bangkai.

Saya katakan, mereka juga berpendapat sucinya mayat manusia. Demikian
juga darahnya, menurut kaedah yang mereka lakukan. Oleh kerana itu,
Ibnu Rusyd mengulas setelahnya, “Nash hanya menunjukkan najisnya darah
haid. Adapun selain itu maka hukumnya tetap pada hukum asal yang telah
disepakati di antara kedua pihak yang berselisih, iaitu suci. Dan,
tidak boleh dikeluarkan dari hukum asal, kecuali dengan nash yang
dengannya hujjah dapat ditegakkan.”

Jika ditanyakan: Mengapa tidak diqiyaskan saja dengan darah haid? Bukankah darah haid adalah najis?

Maka kita jawab: ini adalah qiyas yang tidak tepat.

Kerana darah haid adalah darah kebiasaan kaum wanita. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang telah Allah tetapkan bagi kaum
wanita keturunan Adam.” (Hadis sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari
(294) dan Muslim (1211))

Rasulullah bersabda tentang darah istihadhah, “Itu adalah darah yang
berasal dari urat.” (Hadits sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari (327)
dan Muslim (333))

Kemudian darah haid adalah darah yang sangat kental dan berbau tidak
sedap. Ia menyerupai tinja dan air kencing, bukan yang keluar dari
selain dua jalur tersebut.

3 - Darah haiwan yang boleh dimakan dagingnya

Pendapat mengenainya seperti pendapat mengenai darah manusia, dalam hal
yang tidak adanya dalilnya yang menunjukkan kenajisannya. Jadi,
hukumnya dibawa kepada hukum asalnya (iaitu suci).

Pendapat yang menyatakan kesuciannya ini juga dikuatkan oleh:

Hadis dari Ibnu Mas’ud, Ia berkata, “Rasulullah pernah solat di Ka’bah,
sementara Abu Jahal dan kawan-kawannya sedang duduk-duduk. Lalu
sebahagian mereka saling berkata pada sebahagian yang lain, “Siapakah
di antara kalian yang mahu mengambil kotoran unta milik keluarga si
fulan, kemudian mengambil kotoran, darah dan tahinya, lalu membawanya
ke mari. Kemudian membiarkannya hingga ketika Muhammad sujud, maka ia
meletakkan kotoran tersebut di atas belakangnya?” Bangkitlah orang yang
paling celaka di antara mereka. Ketika Rasulullah sujud, ia
meletakkannya di antara kedua pundak beliau, dan Nabi tetap sujud.
Mereka pun tertawa-tawa.” (Hadis sahih, diriwayatkan oleh aI-Bukhari
(240) dan Muslim (1794))

Maka, seandainya darah unta itu adalah najis, tentulah Nabi akan melepas pakaiannya atau keluar dari solatnya.

Diriwayatkan dengan sahih “bahawasanya Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu
pernah mengerjakan solat, sementara pada perutnya terdapat kotoran dari
darah unta yang baru disembelihnya, tapi dia tidak berwudhu.” (Sanadnya
sahih, dikeluarkan dalam Mushannaf ‘Abdurrazzaq (1/25) dan lbnu Abi
Syaibah
(1/392))

Wallahu a’lam, walaupun demikian, ijma’ ulama menyatakan bahawa darah
itu haram dan najis hukumnya. Antara yang berpendapat sedemikian adalah
Ibnul Qayyim, Ibnu Hazm, Ibnu Hajar al-Asqalani, Ibnu ‘Abdil Barr,
Ibnul Arabi, dan Imam al-Nawawi.

Maka, ianya termasuk di dalam persoalan perbezaan pendapat dan khilaf di kalangan ulama yang seharusnya kita berlapang dada.

Disunting dari; Kitab Shahih Sunnah, Terbitan Pustaka at-Tazkia, Jilid 1, oleh Abu Malik Kamal bin as-Sayyid Salim.
avatar
Guest
Guest


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum