/SeLaMaNyA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
NAVIGATION
Untitled Document

PORTAL

HOME/ FORUM

ANNOUNCEMENT
>RULES

SUGGESTION & EVENT
>COMMENT & SUGGESTION

>EVENT

DISCUSS, SHARED & REQUEST HERE
>CINEMA
>ENTERTAINMENT
>GAME
>SPORT
>TECHNOLOGY
>TRADE MARKET
>D.I.Y.

Latest topics
» Tutorial Lightwave & 3D max
by unidentify Wed Jan 06, 2010 12:34 pm

» SuperNatural - Season 05 [weekly updated]
by budak_maran Sun Dec 13, 2009 1:32 pm

» Ur Computer is NOT SECURE when administrive shared is enable!!!
by budak_maran Sun Oct 04, 2009 1:38 pm

» How to disable network access to the registry in Windows 7 ?
by budak_maran Sun Oct 04, 2009 1:33 pm

» Google OS (Beta)
by budak_maran Thu Oct 01, 2009 9:03 pm

» DOTA trick
by Guest Mon Sep 28, 2009 4:12 pm

» ..::menjual laptop baru::..
by topiek Mon Sep 28, 2009 12:36 pm

» bahasa ganu
by budak_maran Sat Sep 26, 2009 5:53 am

» Iran, Libya kutuk kuasa besar! BAGUS2!
by Guest Fri Sep 25, 2009 4:59 pm

» Kejutan gila hari jadi
by Guest Fri Sep 25, 2009 4:53 pm

» Alienware Invader Icon Pack
by budak_maran Wed Sep 23, 2009 1:17 am


Kejutan gila hari jadi

Go down

Kejutan gila hari jadi Empty Kejutan gila hari jadi

Post by Guest Fri Sep 25, 2009 4:53 pm


Kejutan gila hari jadi Mainpix

GAMBAR (kiri); Ibu dua anak menutup muka selepas ditangkap khalwat oleh Jaips di Hotel Putra Palace, Kangar semalam. (kanan); Seorang lelaki menunjukkan kek yang dibelinya bagi meraikan ulang tahun kelahiran isteri pada hari isterinya ditangkap khalwat semalam.

KANGAR: “Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan
ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel,
sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk
diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan
perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi
semalam.

Suami berusia 31 tahun dari Sungai Petani, Kedah,
itu berkata, dia melihat dengan jelas kecurangan isterinya bersama
seorang lelaki bukan Islam ketika pegawai pencegah maksiat Perlis
melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

Katanya, kelmarin,
genap usia isterinya yang ke-31 tahun dan dia bercadang membuat kejutan
untuk meraikan sambutan bersama dengan membeli kek krim buah dan
sejambak bunga tanpa pengetahuan isteri.

“Selepas membeli kek
dan bunga, saya pulang ke rumah di Sungai Layar, Sungai Petani. Apabila
tiba berhampiran pekarangan rumah, saya melihat kelibat isteri masuk
dalam sebuah kereta dan memandu seorang diri.



“Disebabkan berasa tidak sedap hati, saya terus mengekori isteri
dan rupa-rupanya dia memandu sampai ke sebuah hotel di Kangar,” katanya
ketika ditemui di sini.






Wanita terbabit ditahan ketika sedang berdua-duaan dengan seorang
lelaki Cina dalam sebuah bilik hotel oleh sepasukan empat anggota
penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) jam 5.30 pagi.

Wanita yang bertugas sebagai pegawai imigresen di Sungai Petani itu,
sanggup memandu kenderaan sejauh 80 kilometer untuk melakukan maksiat
bagi meraikan ulang tahunnya bersama lelaki berusia awal 30-an dari
Perlis itu.

Suami terbabit yang bertugas sebagai juruteknik
kanan di sebuah kilang di Sungai Petani berkata, dia terserempak dengan
anggota Jaips yang melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

“Saya kaku sebentar melihat kelibat isteri bersama lelaki lain dalam
bilik hotel itu. Kami mempunyai dua anak perempuan berusia dua dan enam
tahun hasil perkongsian hidup sejak lapan tahun lalu,” katanya sambil
menunjukkan kek buah bernilai RM35 yang dibelinya untuk isteri kepada
petugas media di sini.

Dia berkata, khabar angin yang
didengarnya sebelum ini berhubung kecurangan isterinya yang mempunyai
empat telefon bimbit ternyata benar.

“Saya mengakui sudah
pasrah dengan kejadian itu dan selepas ini, tumpuan saya hanya kepada
dua anak perempuan. Saya akan memberi didikan agama sempurna kepada
mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik
Hussin, mengesahkan penahanan wanita dari Sungai Petani itu bersama
lelaki bukan mahram dalam sebuah bilik hotel, bagaimanapun lelaki
berkenaan dibebaskan kerana bukan Islam.

“Hasil maklumat
awam, empat anggota Jaips bergegas ke lokasi dan mengetuk pintu bilik
hotel sebelum dibuka seorang wanita dan hasil pemeriksaan kami menemui
seorang lelaki bukan Islam di atas katil.

“Wanita yang
bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Sungai Petani memberi alasan
kononnya sedang mengadakan perbincangan perniagaan dengan lelaki
berkenaan ketika serbuan jam 5.30 pagi,” katanya.

Beliau
berkata, wanita terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 9 Enakmen
Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis dan jika sabit kesalahan boleh
dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau
kedua-duanya sekali.

“Selepas mengambil keterangan, wanita
itu dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 yang dibayar seorang penjamin
kira-kira jam 12 tengah hari dan kes akan disebut di Mahkamah Rendah
Syariah, Rabu ini,” katanya.
avatar
Guest
Guest


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum