/SeLaMaNyA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
NAVIGATION
Untitled Document

PORTAL

HOME/ FORUM

ANNOUNCEMENT
>RULES

SUGGESTION & EVENT
>COMMENT & SUGGESTION

>EVENT

DISCUSS, SHARED & REQUEST HERE
>CINEMA
>ENTERTAINMENT
>GAME
>SPORT
>TECHNOLOGY
>TRADE MARKET
>D.I.Y.

Latest topics
» Tutorial Lightwave & 3D max
by unidentify Wed Jan 06, 2010 12:34 pm

» SuperNatural - Season 05 [weekly updated]
by budak_maran Sun Dec 13, 2009 1:32 pm

» Ur Computer is NOT SECURE when administrive shared is enable!!!
by budak_maran Sun Oct 04, 2009 1:38 pm

» How to disable network access to the registry in Windows 7 ?
by budak_maran Sun Oct 04, 2009 1:33 pm

» Google OS (Beta)
by budak_maran Thu Oct 01, 2009 9:03 pm

» DOTA trick
by Guest Mon Sep 28, 2009 4:12 pm

» ..::menjual laptop baru::..
by topiek Mon Sep 28, 2009 12:36 pm

» bahasa ganu
by budak_maran Sat Sep 26, 2009 5:53 am

» Iran, Libya kutuk kuasa besar! BAGUS2!
by Guest Fri Sep 25, 2009 4:59 pm

» Kejutan gila hari jadi
by Guest Fri Sep 25, 2009 4:53 pm

» Alienware Invader Icon Pack
by budak_maran Wed Sep 23, 2009 1:17 am


Iran, Libya kutuk kuasa besar! BAGUS2!

Go down

Iran, Libya kutuk kuasa besar! BAGUS2! Empty Iran, Libya kutuk kuasa besar! BAGUS2!

Post by Guest Fri Sep 25, 2009 4:59 pm





Iran, Libya kutuk kuasa besar! BAGUS2! Mh_01.1
Muammar Gaddafi yang muncul pertama
kali di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-64
setelah 40 tahun menolak untuk menghadirinya, mempamerkan ketegasan
dengan menyelar badan dunia itu atas apa yang disifatkannya sebagai
ketidakadilan dan berat sebelah. Pemimpin Libya itu mengejutkan
perhimpunan tersebut apabila menunjukkan aksi mengoyak buku piagam PBB
dan kemudiannya melemparkan buku ke podium sebagai tanda protes
terhadap kelemahan PBB.



NEW YORK 24 Sept. – Pada hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
dan kebanyakan negara-negara anggotanya menyeru ke arah perpaduan
global, pemimpin Iran dan Libya hari ini mengutuk ketidakadilan dunia
yang dikuasai oleh lima kuasa besar.
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sedikit pun tidak memperkatakan
tentang program nuklear negara itu dalam ucapan beliau dalam
Perhimpunan Agung PBB. Beliau berucap dalam perjumpaan tahunan ini
selepas enam kuasa global yang cuba menyekat cita-cita nuklear Iran
mengumumkan mereka mahu ‘maklum balas serius’ Teheran dalam
perbincangan nuklear pada 1 Oktober ini.
Ahmadinejad mengkritik kapitalisme rakus Amerika Syarikat (AS),
sekutu Baratnya dan Israel yang merampas tanah penduduk Palestin. Namun
beliau juga menawarkan persahabatan kepada mana-mana negara yang
‘ikhlas’ berbuat demikian.
Kenyataannya itu dibuat selepas temu ramah malam semalam yang mana
dia meminta Presiden Barack Obama agar melihat Iran dengan potensi
sebagai rakan dan bukan ancaman.
Tatkala Ahmadinejad mengumumkan komitmen baru Iran untuk membantu
mewujudkan ‘keamanan berpanjangan dan keselamatan seluruh dunia untuk
semua negara’, ucapan beliau dipenuhi dengan bahasa anti-Israel dan
anti-Semitik yang menyebabkan delegasi AS keluar dari dewan. Ia diikuti
perwakilan Israel, Kanada dan beberapa negara lain.
Ahmadinejad meramalkan ‘kapitalisme peluasan kuasa’ akan mengalami
nasib sama seperti Marxisme, dengan melemparkan tuduhan itu kepada
kuasa yang tidak dinamakan yang ‘menggunakan cara paling buruk untuk
soal siasat dan penipuan di bawah sepanduk kebebasan’.
Sebelum itu, Muammar Gaddafi menyelar PBB kerana gagal menghalang
puluhan perang di dunia dan menuduh anggota paling berkuasa dalam badan
dunia itu melayan negara lain sebagai ‘kelas kedua yang dibenci’.
Dalam ucapan pertama beliau di depan Perhimpunan Agung PBB sejak 40
tahun memerintah Libya, Gaddafi banyak memperkatakan ketidaksamaan
dalam Majlis Keselamatan PBB yang mana lima anggota tetapnya – AS,
Rusia, China, Britain dan Perancis – memiliki kuasa veto.
“Ia patut digelar ‘majlis keganasan’,” ujar beliau yang kemudian
menyeru agar veto dihapuskan dan keanggotaan diperluas untuk Afrika,
Amerika Latin, Arab dan negara-negara Islam.
Gaddafi yang berjubah coklat menaiki podium selepas Setiausaha Agung
PBB, Ban Ki-moon dan Obama meminta penglibatan global yang lebih banyak
ke arah dunia tanpa senjata nuklear, mengatasi ancaman perubahan iklim
dan menangani krisis kewangan global yang dijangka menyebabkan 100 juta
orang berada di bawah paras kemiskinan tahun ini.
Para pemimpin dibenarkan berucap selama 15 minit sebelum lampu merah
dinyalakan. Obama sendiri tidak mengendahkannya dan meneruskan ucapan
selama 38 minit tetapi Gaddafi berbicara lebih lama dengan catatan 1
jam 36 minit, seterusnya merosakkan jadual ucapan dan mengganggu majlis
makan tengah hari untuk delegasi.
Ketika Gaddafi meneruskan ucapan, dewan perhimpunan semakin kosong
dan pada satu ketika beliau mengoyakkan kulit muka piagam PBB dan
melemparkannya ke arah podium sambil menyatakan rasa tidak puas hati
kerana dunia dikawal oleh empat atau lima kuasa besar. – AP
avatar
Guest
Guest


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum